Imbuhan Awalan

Kaedah penerimaan imbuhan awalan dalam tulisan Jawi berbeza-beza mengikut kata dasarnya. Perbezaan ini jelas dapat dilihat pada perkataan yang bermula dengan huruf alif. Ada kata yang perlu dibuang huruf alifnya setelah menerima imbuhan awalan dan ada yang dikekalkan huruf alifnya. Keterangannya adalah seperti yang berikut:

Setiap kata dasar yang bermula dengan huruf alif yang diberi imbuhan awalan (ber, ter, per) hendaklah dikekalkan huruf alif pada kata dasar tersebut.

Contoh:

Jawi Rumi
بر + انق = برانق Ber + anak = beranak
بر + اومبق = براومبق Ber + ombak = berombak
بر + انم = برانم Ber + enam = berenam
تر + ايكوت = ترايكوت Ter + ikut = terikut
تر + ايلق = ترايلق Ter + elak = terelak
ڤر + اوبه + ءن = ڤراوبهن Per + ubahan = perubahan

Setiap kata yang bermula dengan huruf alif yang berbunyi [e] pepet, [e] taling, [i], [o] dan [u] hendaklah dihilangkan alifnya sekiranya menerima imbuhan awalan me- (meng-) dan pe- (peng-).

Contohnya:

Jawi Rumi
مڠـ + ارم = مڠرم Meng + eram = mengeram
مڠـ + ايلق = مڠـيلق Meng + elak = mengelak
مڠـ + ايسي = مڠـيسي Meng + isi = mengisi
ڤڠـ + اوله = ڤڠـوله Peng + olah = pengolah
ڤڠـ + اوروس = ڤڠـوروس Peng + urus = pengurus

Manakala perkataan dasar yang bermula dengan huruf alif yang membawa fonem [a] pula hendaklah dikekalkan alifnya sekiranya menerima imbuhan awalan me- (meng-) dan pe- (peng-).

Contohnya:

Jawi Rumi
مڠـ + اجق = مڠاجق Meng + ajak = mengajak
ڤڠـ + اره = ڤڠـاره Peng + arah = pengarah
مڠـ + ايق = مڠـايق Meng + ayak = mengayak
ڤڠـ +اويت = ڤڠـاويت Peng + awet = pengawet