MobileJawi 2.0 – Ujian Beta!

MobileJawi, kini sedia untuk ujian beta. Aplikasi untuk Android ini merangkumi 5 papan kekunci yang membolehkan anda menaip teks dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Menaip Jawi dibuat dengan begitu mudah. Mesin transliterasi kami bukan sahaja mengubah teks Rumi ke Jawi semasa ia ditaip, ia juga menunjukkan cadangan dan melakukan pembetulan automatik. Lihat video demo.

Anda berminat untuk menjadi penguji MobileJawi untuk iOS atau Android? Mudah! cuma hantar e-mel ke [email protected]. Nyatakan jika peranti anda menjalankan iOS atau Android dan sertakan e-mel App Store atau Google Play anda.

Kami akan menghantar jemputan, bersama dengan arahan mengenai cara memuat turun versi beta ini.

Anda mungkin juga mahu melihat: